Majlis Perasmian Bertani Satu Ibadah Peringkat Jajahan Gua Musang Tahun 2017

Majlis Perasmian Karnival Bertani Satu Ibadah Peringkat Jajahan Gua Musang Tahun 2017 telah diadakan pada 21 April 2017 bertempat di Tapak Pasar Malam Chiku 3, Gua Musang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau. Turut hadir bersama adalah YM Ketua Jajahan Gua Musang, YBrs Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang dan pegawai-pegawai kanan PTJGM serta ketua-ketua jabatan di jajahan Gua Musang.

Dalam majlis ini, YM Ketua Jajahan Gua Musang juga turut menyampaikan cenderamata kepada YB Dato' Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau. Karnival ini telah diadakan dari 21 - 22 April 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Felda Chiku dan penduduk jajahan Gua Musang.

Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :-

https://www.facebook.com/pg/ptjgm/photos/?tab=album&album_id=140863570919942

 

http://egaleri.kelantan.my:81/index.php?/category/1225:81/index.php?/category/1225

 

 

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888