1 Hari Pindah Milik Tanah

MAKLUMAT AM

Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik.

Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.

KEPADA SIAPA BOLEH DIPINDAHMILIK 

Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
Badan - Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana - mana undang-undang bertulis lain.

SEKATAN ATAU BATASAN KEPADA PINDAHMILIK

Mana - mana tanah yang mempunyai sekatan kepentingan, surat kebenaran pindahmilik perlu diperolehi daripada PBN
Kaveat: perlu mendapatkan pelepasan/kebenaran daripada pengkaveat.
Gadaian: perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang gadaian.
Pajakan: perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang pajakan.
Tanah Pertanian kurang daripada 2/5 hektar (1 ekar)
Tanah Ladang (Lebih 40 hektar atau 100 ekar): perlu mendapatkan kebenaran Lembaga Tanah Ladang
Warganegara asing/ syarikat asing: perlu mendapatkan kebenaran PBN.

PENYAKSIAN
Penyaksian kepada pemberi dan penerima pindahmilik adalah seperti di Jadual Kelima KTN antaranya:
•    Pendaftar / Pentadbir Tanah.
•    Peguam
•    Notari Awam

* Hanya Pendaftar / Pentadbir Tanah yang boleh membuat penyaksian bagi Tanah Rezab Melayu.

ONE PIECE FLOW(NORMA MASA)

Pendaftaran pindahmilik boleh diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja sekiranya semua dokumen berkaitan adalah lengkap dan sempurna untuk didaftarkan.
 

PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH (Seksyen 142 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM
Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah oleh dua (2) atau lebih orang sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang dari mereka di bawah hakmilik berasingan yang keluasannya sehampir dengan bahagiannya

Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan

DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9B yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
Untuk Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat:
•    Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
•   'Memorandum and Article' sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
•    Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
•    Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
•    Sijil Carian Rasmi yang asal ;
•    Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
•    Salinan hakmilik tanah; dan
•    Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN

Pihak Berkuasa Negeri
 
PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (Seksyen 137 Kanun Tanah Negara)
MAKLUMAT AM
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Tanah / Hakmilik Pendaftar, dipecah kepada dua bahagian atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama. 

Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

DOKUMEN

Mengisi 3 salinan Borang 9A yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
'Memorandum and Article' sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
Salinan hakmilik tanah; dan
Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN

Pihak Berkuasa Negeri

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888