Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang

                     Perkhidmatan Atas Talian

CIMB Clicks     Maybank2u      Semak Cukai      


 

Terbaru

MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN SEMPENA MAJLIS ZIARAH RAMADHAN YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN
29 Ogos 2010  » Berita
Gua Musang - Bertempat di Masjid Mukim Batu Papan, Gua Musang pada 15 Ramadhan 1431H bersamaan 25 Ogos 2010 telah diadakan satu Majlis Pengurniaan Bantuan Sempena Majlis Ziarah Ramadhan YMM Pemangku Raja Kelantan. Majlis Pengurniaan Bantuan ini telah diadakan pada jam 6.30 petang dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini juga dihadiri oleh penduduk-penduduk setempat. Majlis Pengurniaan Bantuan ini telah disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan yang menyampaikan bantuan-bantuan kepada golongan fakir miskin di sekitar Jajahan Gua Musang. Seramai 100 orang penerima zakat, 50 orang pelajar IPTA/IPTA, 10 orang penerima bantuan kemiskinan, 2 orang penerima bantuan kerusi roda, 2 penerima bantuan 'walking stick' dan 2 orang penerima bantuan pesakit kronik telah menerima bantuan yang telah disampaikan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan bertempat di Masjid Mukin Batu Papan, Gua Musang. Majlis ini juga diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama YMM Pemangku Raja Kelantan dan Solat Tarawikh Bersama YMM …
WAKTU URUSAN PEJABAT DI BULAN RAMADHAN
16 Ogos 2010  » Berita

Kepada pelanggan-pelanggan yang yang dihormati, waktu urusan di pejabat ini pada bulan Ramadhan adalah seperti berikut :

Hari Waktu Urusan
Ahad hingga Rabu
8.00 pagi hingga 3.45 petang
Khamis 8.00 pagi hingga 3.30 petang

Sekian, harap maklum

Pembayaran Hasil Menggunakan Cek di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
03 Ogos 2010  » Berita » Hebahan

Semua pembayaran yang menggunakan cek hendaklah dibuat atas nama " PENTADBIR TANAH GUA MUSANG "

CEK-CEK PERIBADI TIDAK DITERIMA

HARAP MAKLUM

Pemandu mati dalam lori
01 Julai 2010  » Berita
GUA MUSANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu lori balak di Balai Pemeriksaan Balak, Batu Papan, di sini pagi semalam ketika menunggu kelulusan memindahkan balak keluar. Mangsa, Lew Wik@Lew Win Wah, 54, dari Bahau, Negeri Sembilan dipercayai meninggal akibat sakit jantung. Pengawas Hutan, Ketua Penjaga Balai Pemeriksa Hutan, Gua Musang, Amran Mustafa berkata, sebelum ini mangsa yang masih bujang itu seringkali mengadu sakit kepada rakan-rakannya dan seringkali mengambil cuti. Menurutnya, mangsa mula mengambil kayu di daerah ini sejak awal tahun 2010. “Mangsa dipercayai masuk ke sini pada 28 Jun lalu kira-kira jam 12 tengahari. Pagi tadi, seorang kakitangan di sini menghantar surat pemindahan kepada mangsa, dia cuba mengejutkannya tetapi dia tidak bangun,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dipejabatnya, pagi semalam. Amran berkata, mangsa sepatutnya menghantar kayu balak ke Padang Tengku pagi ini (pagi semalam). Sementara itu, seorang pemandu lori yang turut menunggu kelulusan membawa k…
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE-13 JAJAHAN GUA MUSANG
22 Jun 2010  » Berita » Hebahan

22 Jun 2010, GUA MUSANG -  Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada 17 Jun 2010 telah diadakan satu Mesyuarat Agong Tahunan PEMADAM bagi Jajahan Gua Musang. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh YABrs Tuan Ketua Jajahan Gua Musang, En. Abdullah bin Md. Yusoff selaku Pengerusi PEMADAM Jajahan Gua Musang. Mesyuarat kali ke-13 ini menyentuh tentang isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat di Gua Musang. Ini kerana berlakunya peningkatan penyalahgunaan dadah di sekitar Jajahan Gua Musang. Pengerusi PEMADAM meminta kerjasama dari semua pihak dalam Persatuan PEMADAM Jajahan Gua Musang bagi menangani masalah yang begitu serius ini. Dalam mesyuarat kali ini juga, laporan tahunan bagi tahun 2009 juga dibentangkan bagi makluman ahli-ahli PEMADAM. Selain itu, di dalam mesyuarat ini ahli-ahli jawatankuasa yang baru telah dilantik memandangkan ramai ahli-ahli jawatankuasa yang lama telah bertukar ke jajahan lain. Mesyuarat ini juga membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang bagi tahun 2010.

Pautan Utama